Lotus umum Emira sebagai model terakhir guna nadi pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum Lotus menyingkap tirai model terbaharu berenjin pembakaran dalaman terakhir yang bakal ditawarkan kepada para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikenali dengan kod nama Type 131, kereta sports terbaharu Lotus itu dibangunkan atas senibina aluminium dan bakal memakai nama rasmi 'Emira' (disebut sebagai E-meer-a) yang diinspirasikan daripada bahasa kuno bermaksud 'pemimpin' atau 'panglima'.

Serentak dengan itu, Lotus juga turut menerbitkan beberapa keping gambar teaser memaparkan rekaan sebenar kereta sports yang dipercayai 'bakal menjadi pengubah permainan' di dalam segmennya.

 


Tiada sebarang spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun seperti yang disebutkan tadi ia bakal menjadi model terakhir yang menggunakan enjin pembakaran dalaman tanpa sebarang bantuan elektrifikasi.

Lotus juga turut mengumumkan jenama itu telah menandatangani 'perjanjian trenkuasa' dengan pihak ketiga yang bakal membekalkan unit enjin kepada mereka pada masa akan datang.

Opsyen enjin baharu ini dikatakan mempunyai teknologi yang termaju, operasi yang sangat cekap dan ditala untuk memberikan pengalaman pemanduan Lotus yang tersendiri.

 


Umum mengetahui Lotus sebelum ini menggunapakai trenkuasa yang disumberkan oleh Toyota untuk barisan model kereta sports mereka sejak bertahun lamanya.

Terdapat kemungkinan besar Lotus akan memanfaatkan teknologi daripada syarikat induknya Geely atau trenkuasa daripada Volvo serta Polestar.

Lotus Emira yang bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh model Elise, Exige dan Evora itu akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…