Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan bahawa mereka kini beralih kepada perancangan untuk menghasilkan trenkuasa PHEV bagi model akan datang.
Perubahan rancangan itu terjadi akibat angka jualan yang kurang memberangsangkan untuk model EV mewahnya, walaupun di pasaran popular seperti China.
Menurut laporan Autocar, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Feng Qingfeng menyatakan rancangan untuk menghasilkan teknologi "Super Hybrid" yang menggabungkan bateri pengecasan pantas dan enjin pembakaran pengecas turbo, menawarkan jarak gerak sehingga 1094 km.
Feng bagaimanapun tidak menyatakan model mana yang akan menerima teknologi baharu itu, enjin pembakaran yang akan digunakan untuk mengecas semula bateri pada teknologi "Super Hybrid" itu juga tidak dinyatakan.
Sumber: Autocar