Lotus sedia fasiliti moden untuk pemasangan hypercar Evija di Hethel

oleh Mohamad Hanif|
Lotus nampaknya sudah bersedia untuk mara ke peringkat seterusnya, dan pengeluar yang pernah dimiliki oleh Proton itu kini dilaporkan sedang membina fasiliti pemasangan baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembangunan fasiliti ini adalah untuk menyediakan tapak barisan produksi bagi memasang beberapa model prototaip hypercar terbaharu dari Lotus - Evija.

Fasa produksi dijangka akan bermula pada musim panas ini, dan proses penghantaran pula sejurus selepas itu. 
 


Sebagai sebuah fasiliti yang serba baharu, ia akan menampilkan beberapa teknologi pemasangan yang terkini seperti kren overhead, khidmat pengangkat kenderaan, ruang penjajaran tayar, dan sistem pencahayaan LED jenis jimat tenaga. 

Lotus Evija merupakan sebuah hypercar berkuasa elektrik yang dilengkapi dengan konfigurasi empat motor elektrik yang menghasilkan 1,973 kuasa kuda. 
 


Atas jalan, ia mampu memecut kurang dari 3 saat 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum melebihi 322 kilometer sejam, menjadikannya jentera Lotus yang paling pantas setakat ini. 

Dengan berat sekitar 1,680 kilogram, Lotus Evija menawarkan jarak operasi sejauh 402 kilometer. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…