Lotus rancang empat EV menjelang 2026, SUV baharu tahun depan!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menanti, para peminat jenama Lotus kini boleh bersedia untuk menantikan kehadiran model SUV baharu jenama itu yang dijangka tiba pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran model baharu SUV berkuasa elektrik itu merupakan salah satu daripada empat model berkuasa elektrik yang bakal diperkenalkan menjelang 2026, serta sebahagian daripada strategi Vision80 di mana Lotus bakal menjadi sebuah jenama EV global menjelang ulang tahun yang ke-80 pada tahun 2028.

Model SUV sifar emisi itu bakal menggunakan platform baharu Lotus Premium Architecture dan dijual sebagai sebuah kenderaan gaya hidup yang serba premium.
 

SUV


Lotus menjanjikan model SUV EV ini berupaya memecut dari sifar ke 96 km/j dalam masa bawah tiga saat, sementara kuasa diperoleh daripada bateri berkapasiti antara 92-120 kWh serta sistem pengecasan pantas 800 voltan.

Selain daripada SUV EV, Lotus juga bakal melancarkan model coupe empat pintu EV pada tahun 2023, diikuti sebuah lagi model SUV yang lebih besar tahun berikutnya, sebelum sebuah lagi kereta sports EV membuat kemunculan pada tahun 2026.

Sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuhkan jenama, Lotus turut melancarkan ibu pejabat baharu yang terletak di Wuhan, China yang lebih dikenali sebagai Lotus Technology dan bakal siap menjelang tahun 2024.

Tidak ketinggalan, sebuah kilang baharu yang bakal beroperasi pada tahun ini di mana ia menampilkan sebuah litar ujian serba pintar di mana kenderaan diangkut dengan menggunakan bantuan kenderaan swapandu.

 

SUV Elektrik Lotus
Kereta sports elektrik Lotus
SUV elektrik Lotus
coupe empat pintu elektrik Lotus

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…