Lotus pertimbang kemunculan semula program khas 'Handling by Lotus'

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menumpukan perhatian kepada model-model baharu seperti hypercar Evija, kereta sports Esprit dan SUV berprestasi tinggi yang masih belum diketahui namanya, Lotus juga turut merancang untuk memperkenalkan kembali program khusus menerusi divisyen Lotus Engineering.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi divisyen ini, Lotus turut bertindak sebagai penasihat kejuruteraan bagi model-model edisi terhad dan binaan khas, seperti contoh Proton Satria GTI 1998, serta Satria Neo R3 Lotus Racing.

Menurut laporan daripada Autoblog, ketua firma kejuruteraan Lotus Matt Windle berkata, "masih terdapat ruang, namun kami perlu fokus kepada pelbagai perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jika benar, kehadiran semula program khusus ini bakal memberikan saingan kepada program yang ditawarkan oleh Bentley dan juga Aston Martin, namun dengan julat harga yang lebih rendah.

 

 

"Lotus Engineering (bahagian perundingan perniagaan) juga kini bergerak kuat, dan kami telah mengusulkan program-program khas ini kepada syarikat-syarikat lain.

Namun, tiada sebarang pengesahan yang dapat diberikan buat masa ini walaupun terdapat banyak perbincangan yang telah dijalankan.

Lama sebelum Lotus mencurahkan hasil kerja ke atas model Proton, Lotus Engineering telah membantu DeLorean menerusi model DMC-12, Opel Omega serta emblem "Handling by Lotus" yang terdapat pada model Isuzu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…