Lotus perlihat bilik pameran dengan konsep, wajah baru, bakal dibuka di London

oleh Mohamad Hanif|
Lotus mengumumkan 'bilik pameran global' pertama yang bakal dibuka menjelang musim luruh tahun ini bertempat di tengah kota London, diikuti dengan lokasi lain di seluruh dunia.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Pusat pengedar dua tingkat Lotus Mayfair itu sedang dalam pembinaan, terletak di lokasi strategik di hujung jalan Berkeley Street dan berdepan dengan Ritz Hotel yang terkenal itu.
 

Lotus


Apabila siap, pusat sebesar 420 meter persegi itu mampu memuatkan sehingga tiga unit pameran di tingkat bawah, serta ruang yang mencukupi untuk memuatkan barangan eksklusif Lotus.

Selain itu, ia juga turut menampilkan ruang VIP dengan akses produk digital kepada bakal pembeli menggunakan platform e-dagang baharu, di mana ia telah pun menyediakan perkhidmatan secara dalam talian bagi membolehkan pelanggan Lotus menyesuaikan dan membeli model-model Lotus.
 

Lotius


Selain menjadi pusat pameran, Lotus Mayfair juga akan menjadi rumah kepada divisyen Lotus Advanced Performance, satu pasukan yang bukan sahaja menawarkan khidmat penyesuaian, akan tetapi mampu memenuhi keperluan melibatkan dunia permotoran.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tahukah anda? Emeya mampu menyiapkan sehingga 25 trilion operasi dalam tempoh sama yang…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, garis badan tunggal pada sisi kereta daripada muncung depan sehingga ke…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…