Lotus mula bangkit - mampu hasilkan SUV atau sedan

oleh HEZERI SAMSURI|
CEO baharu Lotus Cars, Phil Popham telah memberikan petanda bahawa Lotus boleh menghasilkan kenderaan selain dari kereta sports di masa akan datang.

Menurut beliau, Lotus akan kekal sebagai sebuah syarikat yang berteraskan kereta sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

"Kami akan hasilkan sedan dan SUV tetapi kesemua produk itu perlu menepati ciri-ciri tradisi Lotus - ringan dan pengendalian yang terbaik," ujar Popham ketika ditemuramah oleh Automotive News, sebuah portal automotif barat.

Popham memberitahu bahawa Lotus sedang membina sebuah kereta sport yang serba baharu (akhirnya).

"Ia bukan kereta elektrik dan ia akan mempunyai harga yang sama dengan model-model Lotus sekarang," sambungnya lagi.

"Lotus juga telah melabur dalam pembinaan sebuah platform baharu yang mampu menghasilkan genre-genre kenderaan lain dalam masa akan datang."

 

 

Popham (gambar atas) juga menerangkan bahawa Lotus akan terus kekal di UK tetapi akan menggunakan kemampuan k

ejuruteraan Geely.

"Tahun lalu, kami menambah seramai 150 orang jurutera dan tahun ini kami mungkin akan membuat penambahan dalam jumlah yang sama juga," ujarnya.

Seperti jenama lain di dalam keluarga Geely, Lotus akan menggunakan komponen-komponen yang sesuai dari keluarga Geely untuk membantu dalam pembinaan produk-produk baharunya.

 

 

Berkaitan dengan enjin, Popham berkata Lotus tidak akan menjadi cukup besar bagi memungkinkan ia menghasilkan enjin sendiri.

"Sekarang ini Lotus menggunakan enjin-enjin dari Toyota yang diubahsuai oleh kami untuk kesesuaian dengan produk Lotus. Di masa hadapan, tidak mustahil untuk menggunakan enjin dari keluarga Geely tetapi keperluan itu tidak begitu mendesak lagi," jawapan beliau.

Sebanyak 51 peratus saham Lotus Cars dimiliki oleh Geely sementara 49 peratus lagi dipegang oleh syarikat Etika Auto Sdn Bhd milik Syed Mokhtar Al Bukhary.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…