Lotus Malaysia, Gentari tandatangan MoU bangunkan infrastruktur pengecasan EV

oleh Mohamad Hanif|
Gentari melalui anak syarikatnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia sempena pelancaran SUV hiper, Lotus Eletre.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Merangkumi tempoh dua tahun, MoU tersebut bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV di fasiliti milik LCM, fasiliti pengecasan umum serta penawaran pakej pengecasan untuk pemilik EV Lotus.

Selain itu, mereka turut menyasarkan kerjasama berpotensi termasuklah pengenalan Armada Kenderaan Sifar Emisi di Malaysia, pengunaan tenaga boleh diperbaharui serta platform digital bersama LCM.

Menurut Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli berkata, "kolaborasi ini membolehkan kami menyokong para pemilik EV Lotus bermula dari SUV hiper Eletre.

"Ini merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk menyelesaikan keperluan tenaga mampan yang mendesak di dunia, mengubah bagaimana cara kita hidup untuk masa depan yang lebih baik.
 

Lotus


Sementara itu, Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Tengku Ezan Ley berkata, "kolaborasi ini membolehkan kami untuk menyokong para pelanggan EV Lotus dengan lebih baik bermula dengan SUV hiper Eletre.

"Dengan meningkatkan ketersambungan kepada jaringan pengecasan EV Gentari yang berkembang pantas dapat memberikan ketenangan kepada pelanggan kami, supaya mereka boleh merancang perjalanan dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan kebimbangan jarak.

Sehingga kini, Gentari telah melancarkan lebih daripada 150 poin pengecasan di 35 buah lokasi di seluruh Malaysia, tidak ketinggalan lebih 160 poin di negara India.

Dengan azam untuk menjadi pembekal solusi mobiliti hijau, Gentari mahu menguasai 10 peratus pegangan pasaran di seluruh Asia Pasifik menjelang 2030.

Menjelang 2026, Gentari mahu menyasarkan pemasangan sehingga 9,000 tempat pengecasan umum di Malaysia dan juga India.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu, kerja infrastruktur tambahan bagi fakad ikonik dan struktur estetika jejambat, kos…
Berita Global
Beliau mendakwa, melalui jaminan tersebut, Kerajaan Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China…
Informasi
Yang lain-lain termasuk perluasan perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) dan bas dalam bandar…