Lotus lancarkan Elise, Exige Final Edition - Selamat jalan Elise dan Exige!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Lotus telah mengesahkan pengeluar kereta sports itu akan mengakhiri penawaran bagi tiga buah model kereta sports iaitu Elise, Exige dan Evora bagi memberikan laluan kepada model baharu yang dikenali sebagai Type 131.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menyambut pengakhiran produksi kereta sports yang disebutkan tadi, Lotus kini melancarkan dua buah model Final Edition untuk Elise dan Exige.

Sebagai sebuah model Final Edition, Elise Final Edition dan Exige Final Edition membawakan beberapa penambahbaikan kepada ciri luaran dan dalaman, dan disifatkan sebagai versi 'terbaik' yang pernah hadir daripada jenama prestasi British.

 


Model Final Edition yang pertama adalah Elise Sport 240 Final Edition bagi menggantikan Elise Sport 220, membawakan enjin 1.8 liter dengan pengecas lampau yang menghasilkan 240 kuasa kuda dan 244 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 4.1 saat, disumbangkan oleh penggunaan roda anthracite 10 jejari yang lebih ringan 0.5 kg berbanding model terdahulu, serta pemasangan beberapa panel gentian karbon.

Naik satu tangga, Lotus juga menawarkan sebuah lagi model Elise iaitu Elise Cup 250 Final Edition yang mendapat penambahbaikan ciri aerodinamik dan pengendalian seperti peredam sport Bilstein, bar anti-oleng boleh laras, serta opsyen gentian karbon yang mampu mengurangkan berat kereta kepada 931 kg tanpa bahan api.

Antara warna ikonik yang ditawarkan termasuklah Azure Blue, warna Racing Green sebagai satu rujukan dan penghormatan buat kereta pameran yang dipamerkan pada tahun 1995 di Frankfurt Motor Show, serta warna hitam yang merupakan rujukan kepada siri perlumbaan Autobytel Lotus Elise Championship.

 


Masuk kepada model Exige, Lotus menawarkan barisan kereta sports yang terdiri daripada Exige Sport 390, Exige Sport 420 dan Exige Cup 430.

Kesemua model Exige ini mendapat pelbagai penambahbaikan seperti rekaan rim, pemilihan cat dan decal badan, serta plak unik yang menggambarkan unit terakhir model-model Lotus.

Enjin asal bentangan V6 3.5 liter daripada Toyota masih lagi dikekalkan, cuma dengan angka output yang berbeza.

Model Exige Sport 390 menggantikan model terdahulu Exige Sport 350 dengan angka output bertambah 47 hp kepada 397 hp, berat badan 1,138 kg dan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 3.7 saat sahaja.

 


Sementara Exige Sport 420 menggantikan model Sport 410 dengan penambahan 10 kuasa kuda sekaligus menjadikan Exige paling pantas pernah dihasilkan (420 hp).

Dengan beberapa panel gentian karbon dan penggunaan roda aloi ringan, Exige Sport 420 ini mempunyai berat sekitar 1,110 kg dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Selain daripada itu, ia mendapat kelengkapan standard seperti bar anti-oleng, suspensi boleh laras depan dan belakang Eibach, serta sistem brek AP Racing dengan angkup empat omboh.

Model yang paling 'panas' adalah Exige Cup 430 Final Edition dengan angka output 430 kuasa kuda, kelajuan tertinggi 280 km/j dan pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa 3.2 saat.

Exige Cup 430 Final Edition turut mendapat panel gentian karbon, serta rim super ringan bersaiz 17 inci di depan dan 18 inci di bahagian belakang.

Dalam pada itu, Lotus turut menyatakan mereka akan membawakan kemaskini yang serupa untuk model Evora dan bakal diperkenalkan menjelang penghujung tahun ini, setelah angka kombinasi produksi ketiga-tiga model tersebut mencecah 55,000 unit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…