Lotus lancar Elise Sport dan Elise Sport 220 baharu, harga lebih murah

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Katakan hello kepada Lotus Elise Sport dan Sport 220! Kedua-dua model ini telah diperkenalkan oleh Lotus sebagai pengganti kepada model lama Elise 1.6 dan Elise S. Masih mengekalkan unit enjin sama yang dibekalkan oleh Toyota, Elise Sport mendapat enjin 1.6 liter NA dan varian Sport 220 pula menggunakan enjin supercharged 1.8 liter. Pengeluaran kuasa masih kekal (134hp dan 217hp) tetapi kali ini berat kereta telah berkurangan 10kg berbanding model sebelumnya. Dengan berat terkini 866kg ia sekaligus menjadikan nisbah kuasa-kepada-berat model Elise Sport menjadi 155hp se tan dan versi Sport 220 yang seberat 914kg pula mampu mencapai 237hp se tan. Pengurangan berat badan model-model ini bukanlah disebabkan diet yang ketat tetapi sebenarnya datang dari bateri dan kerusi baharu yang lebih ringan selain aksesori tambahan rim aloi yang mampu mengurangkan 5kg lagi berat kereta. lotuselisesport_2 Rim aloi ringan dengan pilihan warna hitam dan perak bersaiz 16” hadapan, 17” belakang adalah aksesori standard. Apa lagi yang baharu untuk model ini? Tartan. Lotus memberi pilihan kemasan klasik tartan yang diinspirasikan dari model Esprit S1 tahun 70an selain pilihan kemasan kulit dan alcantara sebagai alternatif lain.Selain itu kedua-dua model turut dibekalkan dengan peredam Bilstein, angkup belakang omboh tunggal AP Racing, sistem ABS talaan perlumbaan, spring Eibach, sistem Pengurusan Prestasi Dinamik Lotus (Lotus TPM) dan tayar Yokohama Advan Neova AD07. Pelbagai pilihan warna klasik Elise ditwarkan antaranya adalah Solid Red, Solid Yellow, Metallic Green, Metallic Blue, Metallic Silver, Metallic White, Metallic Grey, Metallic Orange, Metallic Black dan Signature Grey, dengan diffuser belakang berwarna hitam . Selain itu model baharu ini dijual pada harga yang lebih rendah. Harga untuk Elise Sport bermula dari £29,900 (lebih murah £1000 daripada model Elise 1.6 lama) dan bagi varian Sport 220 pula harganya bermula dari £36,500 (kurang £700 daripada model Elise S). Kedua-dua model bakal memasuki pasaran Eropah pada bulan Disember 2015 manakala untuk pasaran lain ia hanya boleh didapati mulai Januari tahun hadapan. [gallery ids="883,884,881,882,880,879,877,878"]