Lotus labur jutaan pound naik taraf HQ, litar ujian Hethel

oleh Mohamad Hanif|
Lotus dilaporkan melabur jutaan pound dalam usaha untuk menaik taraf ibu pejabatnya yang terletak di Hethel yang menempatkan Lotus Engineering - divisyen konsultasi Lotus - serta penambahbaikan terhadap trek ujian yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Lotus Engineering telah pun wujud semenjak 40 tahun yang lalu dan telah pun menyumbang perkhidmatan sokongan teknikal kepada pengeluar dan pembekal, dan pernah menghasilkan jentera ikonik seperti Lotus Cortina, Lotus Carlton, Lotus Sunbeam dan pelbagai lagi.

Salah satu perkara yang menarik adalah kehadiran sel ujian Electric Drive Unit (EDU) serba baharu, yang membolehkan para jurutera untuk menguji trenkuasa elektrik serta elektronik sokongan seakan mereka menguji di dalam kereta sebenar.

 


Tidak dilupakan, Lotus juga menaiktaraf unit pembangunan dan ujian bagi enjin pembakaran dalaman, bengkel Propulsion Prototype, serta makmal pengujian emisi kenderaan.

Selain daripada itu, Lotus turut menambahbaik spesifikasi trek ujian mereka dengan memasang penghadang perlindungan baharu, sistem kawalan penghadang masuk/keluar trek, perlindungan kebakaran serta kamera CCTV untuk memantau keseluruhan litar.

Pada awal tahun yang lalu, Lotus Engineering mengumumkan lokasi baharu bagi menempatkan pusat teknologi termaju yang terletak di kampus Wellesbourne, University of Warwick.

 


Pelaburan terbaharu ini merupakan tambahan kepada pembangunan fasiliti pembuatan baharu yang akan digunakan untuk memasang model Lotus baharu menjelang tahun hadapan.

Selain itu, sebuah dewan pemasangan baharu juga turut didedikasikan bagi memasang hypercar elektrik Lotus Evija tidak lama lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…