Menurut laporan, boss Lotus Phil Popham memberitahu Autocar bahawa mereka telah pun kehilangan masa selama lima bulan akibat tidak dapat menguji jentera tersebut dalam cuaca panas di Sepanyol.
"Proses ini bukanlah mudah, anda perlu menempah penggunaan fasiliti dan terdapat giliran menunggu yang sangat panjang, dan masing-masing mempunyai tujuan yang sama.
Walaupun tidak berpeluang untuk mengujinya, para jurutera Lotus berjaya menala semula trenkuasa Evija dengan angka output kini mencecah 2,000 kuasa kuda (berbanding 1,973 hp sebelum ini), selain melakukan penambahbaikan terhadap aspek aerodinamik hypercar tersebut.
Menurut Lotus, dengan casis monocoque gentian karbon dan trenkuasa elektrik, Evija mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa bawah tiga saat, 0-200 km/j dalam enam saat, serta 0-300 km/j dalam masa bawah sembilan saat!
Namun barang harus diingat, hanya 130 unit sahaja Lotus Evija akan dibina dan harga jualan rasmi adalah sekitar £1.7 juta (RM8.68 juta) sahaja tidak termasuk opsyen aksesori dan personalisasi yang ditawarkan.
BACA: Lotus Evija - 2000 PS, 1,700 Nm
BACA: Penjelasan Aerodinamik Lotus Evija
BACA: VIDEO Lotus Evija beraksi
BACA: Fasiliti moden di Hethel untuk Lotus Evija
Sumber: Autocar