Lotus Evora GT 2020 - lebih berkuasa, lebih ringan, lebih pantas!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara Lotus menyiapkan data-data dan penyelidikan bagi hypercar elektrik baharu Evija, mereka tidak hanya berdiam diri semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, Lotus mendatangkan kemas kini dan sekaligus menggantikan model sedia ada Evora 400 dan Evora Sport 410, iaitu Evora GT. 

Nampak sedikit berbeza kerana Lotus Evora GT dipadankan dengan kit badan serba baharu dengan rim bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang. 
 


Lotus Evora GT 2020 dikatakan lebih berkuasa, terima kasih kepada talaan kepada enjin bentangan V6 dengan pengecas lampau yang menghasilkan 416 kuasa kuda dan 430 Nm. 

Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 3.8 saat dari 0-96 km/j dan kelajuan tertinggi dicatatkan pada angka 303 km per jam!

Prestasi yang memberangsangkan itu tidak tertakluk kepada nadi enjin semata-mata, sebaliknya Lotus turut memberikan fokus kepada pengurangan berat kepada 1,408 kilogram. 
 


Apa yang diberikan tumpuan adalah pakej Carbon Pack yang berharga $10,000 (RM41,214) yang terdiri daripada panel akses hadapan, bumbung, dek belakang, bumper dan diffuser yang diperbuat daripada gentian karbon.

Manakala opsyen sistem ekzos titanium pula mampu mengurangkan sehingga 10 kg lagi dengan harga $8,000 (RM32,971). 

Jadi, dengan harga berjumlah $18,000, anda sudah boleh menetapkan Lotus Evora GT anda lebih pantas dan lebih ringan berbanding spesifikasi standard. 
 


Lotus Evora GT didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan pada harga bermula dari $96,950 (RM399,568) manakala opsyen transmisi auto pula dikenakan tambahan sebanyak $2,700 (RM11,128) sahaja.