Lotus Evija hasilkan runut bunyi seakan enjin jentera F1 Type 49

oleh Mohamad Hanif|
Kereta elektrik, seperti yang kita semua maklum tidak menghasilkan bunyi mekanikal daripada trenkuasa, dan oleh sebab itu kebanyakan pengeluar mula menghasilkan bunyi artifisial untuk dimuatkan dalam EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi aspek keselamatan terutama ketika di atas jalan raya, sistem bunyi ini direka supaya menjadi identiti yang tersendiri untuk sesebuah kereta elektrik.

Untuk itu Lotus telah bekerjasama dengan produser muzik British, Patrick Patrikios untuk membangunkan runut bunyi yang khusus untuk hypercar Lotus Evija.

Dalam satu video rasmi yang diterbitkan, Patrikios menjelaskan beliau menggunakan bunyi enjin yang dihasilkan daripada model ikonik F1 Type 49 sebagai asas untuk bunyi Evija.

 


Beliau menggunakan rakaman bunyi enjin Type 49 sebelum memanipulasikan bunyi itu secara digital, dan apabila rakaman not enjin tersebut direndahkan, Patrikios mendapati bunyi tersebut menghasilkan satu frekuensi yang sama dengan bunyi pemanduan sebenar yang dihasilkan oleh trenkuasa elektrik Evija.

"Kita semua mahukan sesuatu yang mampu mencipta hubungan emosi antara pemandu dan kereta. Bunyi memainkan peranan yang besar untuk mencipta dan menghubungkan emosi, serta memperkayakan hubungan yang menjadi sebahagian daripada pengalaman pemanduan sebuah Lotus," ujar beliau.

Selain daripada tugas untuk menghasilkan runut bunyi signatur bagi Evija, beliau juga turut membangunkan bunyi-bunyi sampingan, seperti contoh nada yang dimainkan ketika menggunakan lampu membelok, indikasi amaran tali pinggang keledar, dan lain-lain operasi yang terdapat pada Evija.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Gaya Hidup
  Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (…
Berita Domestik
Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz…