Lotus Engineering menang anugerah Dynamics Team of the Year! Dari EV ke basikal lumba

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lotus Evija
Lotus Evija
Jenama Lotus bukan sahaja tentang kereta sport. Syarikat ikonik United Kingdom itu dipayungi Lotus Group dengan 51 peratus pegangan saham dimiliki Geely dan 49 peratus oleh Etika Automotive dari negara kita.

Di bawah Lotus Group ada tiga subsidiari utama iaitu Lotus Cars dan Lotus Engineering dengan kedua-duanya beroperasi di UK dan Lotus Technology di Wuhan, China.

Lotus Engineering kerjanya ialah menawarkan khidmat perundingan penuh kepada syarikat OEM global dan pembekal Tier 1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
(Kiri ke Kanan) Mark Edwards dan Wayne Doyle dengan Anugerah Dynamics Team of the Year

 

Terikat dengan perjanjian, hasil tangan Lotus Engineering tidak boleh dihebahkan dan diketahui ramai.

Pada Disember 2021, kehebatan Lotus Engineering diperakui apabila dinamakan sebagai Dynamics Team of the Year di dalam anugerah Vehicle Dynamics International Awards 2021.

Pengiktirafan yang diterima tepat pada masanya apabila Lotus sedang beralih dari sebuah syarikat kereta sport UK kepada perniagaan kereta berprestasi dan jenama global.

Dynamics Team of the Year

 

Anugerah itu diadili lebih 20 juri yang terdiri daripada media pakar automotif dari serata dunia dan diketuai oleh Penyunting Vehicle Dynamics International, Adam Gavine.

Di antara aspek yang diberi perhatian dan menerima pujian juri ialah program pembangunan dan pengkomersialan berterusan empat buah seni bina kenderaan baharu Lotus yang diumumkan pada April 2021.

 

Lotus Evija

 

Program itu melibatkan model baharu seperti Type 132 yang merupakan SUV pertama Lotus, kereta hiper elektrik Evija dan Emira, kereta janaan petrol terakhir dari Lotus.

Bukan sekadar konsep, Evija dan Emira sudah pun dipertontonkan di merata tempat dan penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada tahun ini.

SUV Type 132 pula akan tiba pada tahun depan.

 

Lotus Type 132

 

Ada lagi sebenarnya projek Lotus Engineering di mana para juri turut memberi perhatian kepada casis kenderaan elektrik yang ringan dan inovatif dan bakal digunakan untuk Lotus Type 135.

Kod nama itu merujuk kepada kereta sport EV yang dijadual untuk dilancarkan pada tahun 2026.

Platform model itu dibangunkan melalui projek yang dikenali sebagai Project LEVA (Lightweight Electric Vehicle Architecture).

Platform tersebut boleh digunapakai untuk pelbagai EV dengan ciri berbeza seperti bentangan, ukuran jarak roda, saiz bateri dan konfigurasi.

 

Lotus Emira

 

Dari segi binaan, struktur kenderaan mempunyai dua fungsi termasuk sebagai bekas simpanan bateri dengan unit pacuan elektrik yang disatukan.

Konsep itu membolehkan kenderaan dibina tanpa sub rangka dan komponen suspensi multi link dapat dioptimumkan.

Bab platform Lotus memang pandai dan sebagai sebuah pengeluar dalam jumlah kecil perlu inovatif dan boleh dilihat bagaimana casis aluminium digunakan sejak sekian lama dan untuk pelbagai model.

 

Hope / Lotus track bike

 

Inovasi terbaru ini menjadikan acuan terap (die cast) bahagian belakang 37 peratus lebih ringan berbanding model baharu Lotus Emira V6.

Seni bina ini akan menjadi asas kepada kereta elektrik sport masa depan dan menariknya Lotus telah mengikat kerjasama dengan Alpine untuk digunakan pada model baharu kedua-dua syarikat.

Lagi projek Lotus Engineering ialah sebagai rakan teknikal pasukan lumba Jenson Button yang bersaing di dalam siri perlumbaan off-road Extreme E.

Selain roda empat, Lotus Engineering turut bekerjasama dengan Pasukan Basikal Great Britain bagi membangunkan basikal lumba untuk Olimpik Tokyo dan berjaya memenangi tujuh pingat dalam acara basikal trek.

Penulis: Muhammad Md Tajudin