Dari segi kuasa, ia membawakan enjin tahan lasak daripada Toyota, iaitu nadi V6 2GR-FE 3.5 liter yang dilengkapi dengan pengecas lampau Edelbrock 1740 menghasilkan 400 kuasa kuda dan 420 Nm (atau 430 Nm untuk versi dua pedal).
Transmisi manual enam nisbah kelajuan masih lagi ditawarkan, namun pembeli boleh mendapatkan versi automatik, juga dengan enam nisbah kelajuan dan pecutan sepantas 4.2 saat dari pegun ke 100 km/j.

Lotus Emira V6 ini didatangkan dengan rim bersaiz 20 inci dengan jejari V diperbuat daripada aloi tempa, serta dikemaskan dengan kemasan dua tona premium.
Selain itu, versi First Edition juga turut mendapat rotor brek jenis two-piece, angkup brek dengan perkataan Lotus, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Terdapat sehingga enam warna yang boleh dipilih iaitu Seneca Blue, Magma Red, Hethel Yellow, Dark Verdant, Shadow Grey dan juga Nimbus Grey.

Secara standard, Lotus Emira didatangkan dengan sistem pencahayaan LED keliling, kemasan titanium pada ekzos, cermin sisi dengan ciri pemanas, serta penderia parkir belakang. Khas untuk versi First Edition adalah Lower Black Pack yang menampilkan kemasan hitam berkilat pada sirip udara bampar hadapan, splitter hadapan, side sill, serta diffuser belakang.
Untuk ruang kabin pula, Lotus menawarkan sehingga tujuh pilihan warna seperti merah, hitam, kelabu, kulit Nappa tan, serta Alcantara hitam dengan kemasan jahitan merah, kuning atau kelabu.
Sistem infotainmen tengah bersaiz 10.25 inci itu menyokong ciri seperti Apple CarPlay, Android Auto, navigasi satelit (untuk sesetengah pasaran), sokongan Bluetooth, serta sistem audio premium 340 W KEF dengan 10 saluran.
Selain daripada itu, terdapat juga soket pengecasan USB dan 12V, roda stereng dengan butang pelbagai fungsi, serta skrin instrumen kluster TFT bersaiz 12.3 inci.

Lotus menawarkan sehingga tiga opsyen untuk dipilih seperti:
- Drivers Pack - pilihan suspensi Tour/Sport dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport, atau suspensi Sport dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
- Design Pack - tambahan gelas privasi, pedal sports, headliner Alcantara hitam, serta pilihan warna hitam, merah, kuning atau perak untuk angkup brek.
- Convenience Pack - penderia parkir hadapan, kamera undur, penyeka kaca aero dengan penderia hujan, cermin auto kelam, dan jaring untuk ruang kargo.
Produksi Lotus Emira V6 First Edition berharga £75,995 (RM435,767) akan bermula pada musim bunga ini, di mana versi aras mula Emira boleh didapati pada tahun 2023.
Baca: Lotus Emira 2022