Lotus Emira First Edition - nadi M139 AMG 360 hp, 430 Nm, dari RM397k di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Lotus baru-baru ini mendedahkan secara rasmi spesifikasi yang bakal ditawarkan pada model Emira First Edition yang didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris.

Bukan sebarangan enjin, akan tetapi nadi 2.0 liter M139 buatan AMG yang dihasilkan khusus untuk Emira dengan kuasa sehingga 360 hp dan daya kilas 430 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.

Menurut pengarah bahagian Vehicle Attributes Lotus, Gavan Kershaw menjelaskan, "sistem transmisi ini dibangunkan bersama dengan AMG, di mana sistem penukaran gear yang ditala semula oleh pasukan Hethel yang menyumbang kepada prestasi unik Emira, memberikan gandingan terbaik dari segi pemanduan, penggunaan bahan api dan juga pelepasan emisi.
 

Emira


Emira First Edition didatangkan dengan rim ultra-ringan 20 inci dengan kemasan dua tona, diikuti brek two-piece dengan pilihan warna merah, hitam, kuning atau perak untuk angkup brek, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Ciri luaran lain termasuklah lampu LED depan dan belakang, kemasan titanium pada ekzos, serta pakej Lower Black Pack secara standard pada sirip udara, splitter hadapan, side sills, dan diffuser belakang.
 

Emira


Ruang kabin pula menempatkan tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori (untuk pemandu) dan pemanas, kawalan iklim, kawalan jelajah, skrin kluster instrumen 12.3 inci, skrin tengah 10.25 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Pembeli juga boleh memilih sehingga tujuh warna dalaman, iaitu merah, hitam, kelabu dan tan untuk bahan kulit Nappa, serta Alcantara hitam dengan jahitan merah, kuning atau kelabu.

Lotus juga menawarkan beberapa pakej opsyen secara standard seperti:

  • Lotus Drivers Pack - suspensi Tour atau Sport, pilihan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport atau Michelin Pilot Sport Cup 2, serta Track Mode ESP
  • Design Pack - kaca privasi, pedal sports, headliner Alcantara hitam, alas lantai Emira
  • Convenience Pack - penderia parkir depan, kamera undur, penyeka kaca bilah aero dengan penderia sensitif hujan, cermin auto-kelam, dan jaring storan di belakang.

 

Emira


Harga jualan Emira First Edition bermula dari £71,995 (RM396,843), sementara model Emira versi asas bermula dari £59,995 (RM330,698), dan £64,995 (RM358,258) untuk Emira V6 aras mula yang akan dilancarkan pada Januari tahun depan.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Lotus Emira 2022 dikuasakan oleh nadi 3.5 liter bentangan V6 dengan bantuan induksi pengecas lampau…