Lotus Emira First Edition 2023 buat kemunculan rasmi di Malaysia 5 Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat kereta berjenama Lotus, di mana anda kini boleh melihat dengan lebih dekat kereta terakhir jenama itu yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman, iaitu Lotus Emira.

Berdasarkan laporan daripada rakan media Paultan, unit produksi sebenar yang dibawakan oleh Lotus Cars Malaysia merupakan versi First Edition yang didatangkan dalam warna merah Magma Red, berbanding unit pra-produksi berwarna kelabu yang dipamerkan sebelum ini.
 

lotus


Dari segi kuasa, Lotus Emira 2023 First Edition ini membawakan enjin bentangan V6 3.5 liter (2GR-FE) yang disumberkan daripada Toyota.

Dipadankan dengan unit pengecas lampau Edelbrock 1740, Lotus Emira ini mampu menjana kuasa setinggi 405 PS dan 420 Nm (atau 430 Nm dalam versi automatik enam kelajuan).

Ya, selain daripada transmisi automatik, Emira boleh didapati dalam versi kotak gear manual enam nisbah kelajuan.
 

Lotus Emira

 

Harga jualan Lotus Emira untuk pasaran Malaysia bermula dari RM1,131,800.

Difahamkan, pihak Lotus Cars Malaysia akan mengadakan sesi pra-tonton eksklusif pada 5 Mac ini bermula jam 5 hingga 7 petang bertempat di ibu pejabat LCM di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Spesifikasi lanjut Lotus Emira First Edition 2023 ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Lotus, atau menerusi pautan di bawah:

Baca: Lotus Emira First Edition mendarat di Malaysia
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Model Terbaharu
Harga tawaran itu sah untuk Emira dengan tahun buatan 2023, sebelum harga asalnya ditawarkan dari…
Berita Domestik
Merangkumi tempoh dua tahun, MoU tersebut bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk…