Lotus Emira First Edition 2022 kini di Malaysia - nadi 3.5L V6 Supercharger, 400 hp, dari RM1.13 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Model Lotus yang terakhir membawakan enjin pembakaran dalaman, Lotus Emira 2022 kini rasmi mendarat di pasaran Malaysia dalam varian tunggal First Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lotus Emira 2022 dikuasakan oleh nadi 3.5 liter bentangan V6 dengan bantuan induksi pengecas lampau (supercharger), membolehkan ia menghamburkan angka output setinggi 400 kuasa kuda dan 420 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sekitar 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Pembeli boleh mendapatkan Emira dengan pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan, atau automatik juga dengan enam nisbah kelajuan.

Dari segi ukuran, Lotus Emira membawakan dimensi panjang 4,412 mm, 1,895 mm lebar, 1,225 mm tinggi dan diikuti dengan jarak antara roda 2,575 mm.
 

Emira


Lotus Emira membawakan rekaan yang lebih sofistikated (tanpa kehadiran cermin sisi Persona), dengan unit lampu utama LED yang menyamai unit yang ada pada Lotus Evija, diikuti dengan rim bersaiz 20 inci pada keempat-empat sudut.

Lotus Emira 2022 boleh didapati dalam beberapa warna seperti Hethel Yellow, Nimbus Grey, Shadow Grey, Dark Verdant, Seneca Blue dan juga Magma Red.
 

Emira


Ruang kabin pula menempatkan penggunaan bahan premium pada alas kaki, trim kulit Nappa, trim Alcantara, headliner Alcantara, jaring storan, tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori, serta tidak ketinggalan mekanisme kotak gear terbuka hanya untuk versi manual sahaja.

Terdapat skrin digital penuh 12.3 inci di hadapan pemandu, skrin tengah 10.25 inci untuk sistem infotainmen yang turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, diikuti dengan unit audio premium KEF 340 W dengan 10 saluran bunyi termasuk tiga pembesar suara Uni-Q  dan subwoofer.

Selain daripada itu, Emira juga boleh dikatakan model Lotus yang paling lengkap dengan ciri-ciri yang biasanya tiada pada model terdahulu, seperti penderia parkir depan dan belakang, cermin sisi boleh lipat, beg udara tirai, kemasukan tanpa kunci, cermin pandang belakang auto kelam, dan alat pengesan kecurian kenderaan.
 

Emira


Ciri keselamatan termaju turut dimuatkan seperti kawalan jelajah adaptif, sistem anti-pelanggaran, amaran tumpuan pemandu, informasi papan tanda, had kelajuan, amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang serta bantuan penukaran lorong.

Terdapat tiga pakej yang boleh dipilih seperti berikut:

  • Drivers Pack - pilihan suspensi Tour/Sport dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport, atau suspensi Sport dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
  • Design Pack - tambahan gelas privasi, pedal sports, headliner Alcantara hitam, serta pilihan warna hitam, merah, kuning atau perak untuk angkup brek.
  • Convenience Pack - penderia parkir hadapan, kamera undur, penyeka kaca aero dengan penderia hujan, cermin auto kelam, dan jaring untuk ruang kargo.

Selain daripada itu, pembeli juga boleh memilih opsyen tanpa sebarang kos seperti casis Tour dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport, casis Sport dengan pilihan tayar yang serupa atau casis Sport dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Ditawarkan dalam varian tunggal First Edition, harga jualan bermula dari RM1,131,800.00 untuk Semenanjung Malaysia, namun harga jualan di Langkawi pula bermula dari RM456,900.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…