Lotus Emira 2022 - model ICE terakhir Lotus, nadi Toyota dan AMG!

oleh Mohamad Hanif|
Lotus akhirnya secara rasmi melancarkan model terakhir mereka yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) merangkap pengganti bagi model-model Elise, Exige dan Evora.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Lotus, Emira disasarkan untuk melawan penguasaan pesaing-pesaing seperti Porsche 718 Cayman dan Apline A110.

Dari segi ukuran, Lotus Emira membawakan dimensi panjang 4,412 mm, 1,895 mm lebar, 1,225 mm tinggi dan diikuti dengan jarak antara roda 2,575 mm.

 


Dalam versi yang paling ringan, Lotus Emira hanyalah seberat 1,405 kg sahaja.

Dari segi luaran, Lotus Emira membawakan rekaan yang lebih sofistikated (tanpa kehadiran cermin sisi Persona), dengan unit lampu utama LED yang menyamai unit yang ada pada Lotus Evija.

Keempat-empat sudut arca roda dipasangkan dengan rim bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle F1 Supersport.

 


Ruang kabin Lotus Emira pula nyata jauh lebih moden jika dibandingkan dengan model-model yang digantikannya, terdiri daripada skrin digital penuh 12.3 inci di hadapan pemandu, skrin tengah 10.25 inci untuk sistem infotainmen yang turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri-ciri moden lain seperti kawalan jelajah, sistem pencahayaan ambien, tempat duduk boleh laras 12 cara dan juga pengelap cermin automatik.

Selain daripada itu, Emira juga boleh dikatakan model Lotus yang paling lengkap dengan ciri-ciri yang biasanya tiada pada model terdahulu, seperti penderia parkir depan dan belakang, cermin sisi boleh lipat, beg udara tirai, kemasukan tanpa kunci, cermin pandang belakang auto kelam, dan alat pengesan kecurian kenderaan.

 


Lotus Emira menawarkan beberapa ruang storan untuk kegunaan seharian, seperti contoh panel pintu yang mampu memuatkan botol 500 ml, ruang belakang tempat duduk sebesar 208 liter, serta ruang belakang enjin sebesar 151 liter yang boleh memuatkan beg golf atau bagasi.

Terdapat opsyen untuk melengkapkan jentera ini dengan sistem keselamatan ADAS (Advanced Driver Assistance System) yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, amaran tumpuan pemandu, amaran keluar laluan dan banyak lagi.

Lotus juga turut menawarkan pakej Lotus Drivers Pack yang menambah ciri launch control, tetapan suspensi yang lebih keras, serta tayar Michelin Pilot Sport Cup 2s bagi menggantikan tayar standard.

 


Dari segi kuasa, Lotus masih lagi menawarkan penggunaan enjin 3.5 liter bentangan V6 dengan bantuan pengecas lampau, namun Lotus turut menawarkan sebuah lagi enjin baharu yang disumberkan dari AMG.

Ya, untuk mereka yang mahukan cukai jalan yang lebih rendah, Lotus Emira boleh didapati dengan enjin M139 2.0 liter turbo yang turut didapati pada generasi terkini AMG 45 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 416 kuasa kuda.

Sistem transmisi pula adalah automatik klac berkembar bagi enjin AMG, sementara enjin Toyota pula dipadankan dengan transmisi manual dan automatik.

 


Lotus tidak mendedahkan secara rasmi angka output untuk kedua-dua versi, namun mereka mengatakan Emira akan menawarkan kuasa antara julat 360 hp dan 400 hp dengan daya kilas maksimum 430 Nm.

Kuasa pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa kurang dari 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Lotus Emira akan mula dijual pada musim panas 2022 dengan harga jualan kurang dari £60,000 (RM344,496).

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ditawarkan dalam varian tunggal First Edition, harga jualan bermula dari RM1,131,800.00 untuk…