Lotus Emeya MY26 Kini Ditawarkan Bermula RM459,000 di Malaysia

oleh Qalif Latif|
Lotus Cars Malaysia, di bawah Karrus Automotive Group, mengumumkan perluasan barisan model hyper-GT elektrik Lotus Emeya dengan pengenalan varian baharu bermula daripada RM459,000. Langkah ini selaras dengan strategi global Lotus untuk menjadikan Emeya lebih mudah diakses tanpa mengorbankan DNA teras jenama reka bentuk berani, prestasi elektrik mengujakan dan inovasi pemanduan berfokuskan pemandu

lotus

Struktur Varian & Penamaan Baharu

Varian kini dinamakan mengikut output kuasa Emeya 600 dan Emeya 900 masing-masing dipadankan dengan pakej kelengkapan yang jelas, sama ada berfokuskan gaya sporty atau kemewahan teknologi. Pendekatan ini memudahkan proses pembelian sambil memberi ruang untuk personalisasi.

lotus

Senarai Varian & Harga:

  • Emeya 600 – 450 kW (603 hp), 4WD, bateri 102 kWh, hud paparan 29 inci, audio KEF 15 pembesar suara – RM459,000.00

  • Emeya 600 GT SE – Tambahan rim 21”, bumbung kaca pintar, tailgate bebas tangan – RM519,000

  • Emeya 600 Sport SE – Pakej Lotus Dynamic Handling, spoiler aktif, tempat duduk ventilasi & urut – RM599,000.00

  • Emeya 900 Sport – 675 kW (905 hp), transmisi 2 kelajuan, prestasi pemanduan lebih ekstrem – RM699,000.00

  • Emeya 900 Sport Carbon – Tambahan pakej gentian karbon luaran & dalaman, ciri keselesaan penuh – RM729,000.00

Prestasi & Teknologi

lotus

Emeya merupakan hyper-GT elektrik dengan pecutan 0–100 km/j hanya 2.78 saat, menjadikannya antara yang terpantas dalam kelasnya. Suspensi udara adaptif dengan Continuous Damping Control menawarkan gabungan keselesaan dan responsif, manakala talaan casis ikonik Lotus memastikan dinamik pemanduan tiada tandingan. Varian 600 menawarkan jarak pemanduan melebihi 580 km bagi setiap cas penuh.

Dalaman & Kemudahan

emeya

Kabinnya menggabungkan teknologi terkini seperti HUD 29 inci, audio premium KEF, kawalan iklim 4 zon, serta kemasan dalaman Jasper atau Quartz dengan LotusWear Performance Fabric yang mampan. Pilihan pakej membolehkan pelanggan mengutamakan gaya sporty atau kemewahan, mengikut keperluan.

Lotus

Tempahan & Penghantaran

Tempahan kini dibuka di pusat pameran Lotus Glenmarie, Pavilion Damansara Heights dan Pulau Pinang. Penghantaran pertama dijangka bermula September 2025.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, pembukaan Lotus Penang itu menandakan kehadiran pusat pameran pertama Lotus di luar…
Model Terbaharu
Lotus Emeya merupakan kenderaan elektrik Hyper-GT empat pintu yang pertama dibangunkan Lotus untuk…
Model Terbaharu
Eletre mengekalkan kesemua ciri-ciri  yang telah berjaya mengangkat varian Eletre S dan Eletre R…