Lotus Emeya 2024 - sedan elektrik 905 hp, jarak gerak 600 km, sistem aerodinamik aktif standard!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sedan terakhir Lotus Carlton muncul pada tahun 1990-an, Lotus akhirnya melancarkan sedan elektrik pertama mereka (Type 133) yang diberikan nama Lotus Emeya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kehadiran Emeya, ia sekaligus bakal memberikan cabaran kepada sedan elektrik pantas seperti Tesla Model S, Porsche Taycan Turbo dan Audi e-tron GT.

Berikut merupakan fakta ringkas Lotus Emeya yang perlu anda tahu:
 

Emeya


1. Emeya berkongsi platform EPA (Electric Premium Architecture) yang sama digunakan oleh Eletre, di mana platform itu sendiri sebenarnya lahir daripada pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely.

2. Sebagai sebuah hyper GT, Emeya didatangkan dengan motor elektrik berkembar 905 hp dan 984 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.8 saat dan kelajuan tertinggi 256 km/j.

3. Pek bateri berkapasiti 102 kWh (Eletre 112 kWh) mampu menawarkan jarak gerak sejauh 600 km untuk sekali cas penuh.

4. Emeya mampu menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW, di mana:
-pengecasan lima minit mampu menambah jarak sejauh 150 km
-atau pengecasan 10-80 peratus dalam masa 18 minit sahaja
 

Emeya


5. Kuasa 905 hp itu tadi disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi dua kelajuan, sementara sistem pemberhentian pula menggunakan unit gred perlumbaan.

6. Sistem suspensi boleh laras Emeya mampu menganalisa keadaan jalan di hadapan sebanyak 1,000 kali per saat.

7. Sama seperti Eletre, Emeya juga menampilkan sistem aerodinamik aktif, terdiri daripada jeriji hadapan aktif untuk mengurangkan kesan seretan, selain bertindak sebagai sistem penyejukan untuk bateri dan brek.
 

Emeya


8. Terdapat sistem spoiler aktif depan dan juga belakang. di mana komponen di belakang itu jauh lebih lebar berbanding Eletre, dengan keupayaan menjana daya mendap setinggi 215 kg (pada kelajuan yang tidak ditetapkan).

9. Lotus merupakan pengeluar pertama di dalam dunia menggunakan benang jenis baharu yang dihasilkan daripada sisa kapas industri fesyen. Ia bukan sahaja nampak mewah, akan tetapi lebih ringan berbanding kulit.

10. Terdapat juga kemasan mewah lain seperti metalik, Alcantara, poliurethane ultra-fabrik dan kulit Nappa pada sesetengah tempat.
 

Emeya


11. Susun atur papan pemuka Emeya membawakan pendekatan yang sama seperti Eletre, di mana ia membawakan kelengkapan yang moden termasuklah skrin paparan head-up realiti terimbuh sebesar 55 inci, cermin digital dan juga modul keselamatan LiDAR.

12. Sistem bunyi keliling KEF 3D turut mengintegrasikan pembatalan bunyi hingar.

Lebih banyak perincian bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi pada suku keempat tahun ini.

Produksi Lotus Emeya (sama seperti Eletre) akan mengambil tempat di kilang Wuhan, China pada tahun 2024.