Lotus Eletre - SUV elektrik dengan 600 hp, 0-100 kurang tiga saat!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada SUV pertama Lotus, dan ia disifatkan sebagai sebuah Hyper-SUV elektrik yang membawakan semangat sporti daripada model Emira dan aspek aerodinamik yang revolusionari daripada hypercar Evija.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penggunaan nama Eletre meneruskan tradisi penamaan model-model kereta Lotus yang bermula dengan huruf E, dan Eletre itu sendiri membawa maksud 'coming to life' mengikut bahasa Eropah Timur.

Dikenali sebagai Lotus Type 132 sebelum ini, Lotus Eletre dibangun menggunakan pelantar Electric Premium Architecture (EPA) yang sangat versatil dan boleh menjadi asas kepada model-model Lotus akan datang di dalam kelas C+ hingga E+.
 

Eletre


Dari segi dimensi, Lotus Eletre berukuran 5,105 mm panjang, 1,630 tinggi, jarak antara roda sepanjang 3,019 mm dengan jarak overhang depan dan belakang yang agak pendek.

Selain daripada aspek aerodinamik yang menjadi elemen signatur dalam rekaan Eletre, SUV pertama Lotus itu juga turut menampilkan gril depan aktif dengan dua fungsi - mengurangkan kesan seretan ketika kelajuan tinggi, serta penyejukan sistem motor elektrik, bateri dan brek depan bial diperlukan.

Sebagai sebuah Lotus yang moden, ia juga turut dipasangkan dengan beberapa penderia LIDAR pada bahagian cermin penghadang angin, bahagian sisi berhampiran dengan port pengecasan, serta seksyen tengah cermin belakang di mana anda boleh melihat rekaan spoiler bumbung terpisah.
 

Eletre


Sementara peranan cermin sisi pula boleh digantikan dengan sistem Electric Reverse Mirror Display (ERMC) yang terdiri daripada tiga kamera yang berbeza - satu untuk cermin pandang belakang, kamera kedua untuk fungsi pandangan 360 darjah, dan yang ketiga merupakan sebahagian daripada teknologi pemanduan pintar.

Bahagian depan Eletre menampilkan rekaan lampu terpisah dengan bahagian atas merupakan unit lampu LED nyalaan siang, sementara bahagian belakang pula menempatkan bar LED yang melintang penuh dan boleh menyala dalam empat warna termasuk memaparkan status pengecasan semasa.
 

Eletre


Ruang kabin Eletre pula boleh memuatkan lima orang pada satu-satu masa, dengan opsyen untuk memasang tempat duduk berasingan pada baris kedua untuk dua orang sahaja.

Penggunaan bahan ultra-premium pula diselangi dengan bahan lazim digunakan dalam mana-mana produk pantas - gentian karbon - yang dikitar semula.

Rekaan kokpit dan konsol tengah yang tinggi diinspirasikan daripada Lotus Emira dan Evija memberikan perasaan ruang berorientasikan pemandu.

Namun begitu, Eletre turut menampilkan elemen praktikaliti yang tersendiri, seperti contoh ruang storan dengan slot pengecasan peranti pintar nirwayar, pemegang cawan, serta ruang meletakkan botol di bahagian panel pintu.
 

Eletre


Disebalik roda stereng yang agak menarik perhatian itu, Lotus telah memasang skrin nipis (ketinggian 30 mm sahaja) yang akan memaparkan segala informasi penting, dan skrin kedua turut dipasang pada bahagian penumpang di mana info seperti pemilihan muzik dan poin peta boleh diakses.

Skrin utama di tengah pula adalah sebesar 15.1 inci dengan kedudukan menegak yang menyokong sambungan peranti pintar, kemaskini over-the-air serta kemudahan pembelian aplikasi tambahan, diikuti dengan paparan head-up dengan teknologi realiti terimbuh (AR) yang didatangkan standard.

Dari kilang, Eletre didatangkan standard dengan sistem audio KEF Premium berkuasa 1,380 watt dengan 15 pembesar suara, serta teknologi bunyi keliling dan Uni-Q yang menawarkan pengalaman bunyi lebih realistik.

Pembeli juga boleh menaiktaraf sistem tersebut kepada KEF Reference berkuasa 2,160 watt dengan 23 pembesar suara.
 

Eletre


Secara standard, Lotus Eletre boleh didapati dengan ciri keselamatan seperti Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (ACC), Sokongan Mitigasi Pelanggaran Depan (CMSF), Informasi Papan Tanda Trafik (TSI), Amaran Bukaan Pintu (DOW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Bantuan Pengekalan Lorong dengan Amaran dan Pengelakan Keluar Lorong (LKA+), Sokongan Mitigasi Pelanggaran Belakang (CMSR) serta panggilan kecemasan (E-Call).

Lotus menyebut Eletre didatangkan dengan unit trenkuasa elektrik yang jauh lebih ringan dan kompak, terdiri daripada dua motor elektrik (satu untuk setiap gandar), dengan kuasa bermula dari 600 hp dan pecutan 0-100 km/j di bawah tempoh tiga saat sahaja.

Platform EPA yang digunakan oleh Lotus hadir dengan keupayaan pengecasan 800 voltan yang menjanjikan pengecasan penuh bateri dalam tempoh 18 minit.
 

Eletre


Lotus Eletre dipasangkan dengan pek bateri berkapasiti lebih 100 kWh dengan jarak pemanduan sejauh 600 km, sementara pengecasan pantas 350 kW pula membolehkan Eletre mencapai jarak sejauh 400 km dalam tempoh 20 minit sahaja.

Secara standard, Lotus Eletre didatangkan dengan suspensi five-link di bahagian belakang untuk pemanduan dan pengendalian yang lebih baik, dibantu dengan sistem suspensi udara, ciri Kawalan Peredam Berterusan (CDC), sistem pelarasan ketinggian kenderaan aktif, stereng gandar belakang aktif, bar anti oleng aktif serta empat mod pemanduan (Range, Tour, Sport, Off-Road dan satu mod Individual yang boleh disesuaikan).

Lotus Eletre merupakan satu daripada tiga model crossover gaya hidup aktif yang bakal diperkenalkan oleh Lotus dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Dengan kehadiran Emeya, ia sekaligus bakal memberikan cabaran kepada sedan elektrik pantas seperti…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…