Lotus dedah teaser SUV Type 132, lancar tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah projek konsep Lotus APX tidak menjadi kenyataan, Lotus kini mengorak langkah baharu untuk menyertai semula pasaran SUV premium menerusi model Type 132.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model SUV baharu ini dijangka pengenalannya pada tahun hadapan, dan akan menjadi pesaing secara terus kepada model-model elektrik seperti Audi e-tron dan juga Tesla Model Y.
 

Lotus


Gambar teaser yang dibekalkan ini memperlihatkan rekaan gril hadapan aktif yang boleh dibuka untuk tujuan penyejukan atau ditutup untuk memaksimumkan aspek aerodinamik.

Difahamkan, Lotus Type 132 menggunakan pelantar khusus Premium Architecture, di mana platform EV ini amat sesuai dimuatkan dengan pek bateri berkapasiti antara 90 kWh hingga 120 kWh.

Ini bermakna, dengan kapasiti pek bateri yang besar, Lotus Type 132 dijangka menawarkan jarak pemanduan sejauh lebih 600 km untuk sekali cas penuh.
 

Lotus


Lotus juga turut mengesahkan pelantar EV ini akan menggunakan senibina elektrik 800 voltan, dengan penawaran pengecasan sehingga 350 kW yang lebih kurang sama seperti Porsche Taycan.

Tiada sebarang butiran jelas berhubung unit trenkuasa Type 132, namun Lotus ada menyebut kereta yang lahir daripada Premium Architecture ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa kurang tiga saat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun wujud dalam bentuk imej paten, ia secara tidak langsung memberikan kita gambaran sebenar…