Lotus dedah teaser SUV elektrik Type 132, pelancaran 29 Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 29 Mac ini, Lotus mengambil peluang dengan mendedahkan sebuah video ringkas yang memaparkan teaser SUV elektrik yang diberikan kod nama Type 132 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV pertama Lotus dan EV kedua selepas model Evija itu nampaknya tidak akan diproduksikan di Norfolk, sebaliknya ia bakal dipasang di kilang baharu Lotus yang terletak di Wuhan.
 

Type 132


Video ringkas itu turut mendedahkan serba sedikit elemen rekaan yang bakal ditampilkan pada SUV Type 132, seperti rekaan lampu belakang melintang penuh, roda stereng yang dilengkapi dengan butang khas mod pemanduan, serta roda binaan gentian karbon.

Menurut laporan, Lotus Type 132 ini bakal dibangunkan atas pelantar EV bespoke dengan pek bateri berkapasiti 120 kWh, teknologi pengecasan pantas 800 voltan, dan kuasa kuda sekitar 600-700 kuasa kuda dengan pecutan 0-100 km/j sepantas tiga saat.

Perincian lanjut berkenaan Type 132 ini bakal diketahui dengan lebih terperinci pada 29 Mac ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…