Lotus dedah teaser roda stereng, paparan digital Emira

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Lotus kini sudah pun mempunyai hypercar elektrik Evija, pengeluar tersebut masih lagi mempunyai satu tugas penting - menghasilkan model pengganti Elise/Exige dan Evora yang merangkap model petrol terakhir Lotus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah memperlihatkan beberapa keping gambar teaser April lalu, Lotus menambah lagi beberapa keping gambar acah, kali ini menampilkan rekaan sebenar roda stereng dan paparan digital Lotus Emira.

 


Dari segi rekaan, roda stereng tersebut menampilkan penggunaan bahan Alcantara dengan jahitan kontras berwarna kuning serta penanda pukul 12 yang turut berwarna kuning.

Roda stereng itu juga turut menampilkan gugusan butang fungsi serta kehadiran komponen paddle shifter yang berselindung di sebalik kegelapan ruang kabin tersebut.

Ini bermakna Lotus Emira bakal ditawarkan di dalam versi transmisi automatik di samping penawaran kotak gear manual seperti kebiasaan Lotus.

 


Skrin digital yang digunakan oleh Emira pula menampilkan beberapa pilihan paparan seperti meter G, serta beberapa mod pemanduan termasuklah Tour dan Sport.

Lotus Emira sebelum ini dikenali dengan kod nama Type 131 dan merupakan kereta produksi terakhir Lotus yang bakal menggunakan enjin pembakaran dalaman sebelum beralih sepenuhnya kepada tenaga elektrik.

Difahamkan, Lotus Emira bakal ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbo daripada sumber yang masih lagi tidak dinamakan, beserta enjin 3.5 liter bentangan V6 dengan pengecas lampau yang disumberkan daripada Toyota.

 


Pelancaran rasmi Lotus Emira bakal berlangsung pada 6 Julai 2021 bertempat di Hethel, Norfolk.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…