Lotus dedah teaser kereta sports EV, bakal muncul 2026

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kehadiran model hypercar berkuasa elektrik Evija, Lotus turut menumpukan perhatian dalam menawarkan kereta-kereta elektrik yang lebih rendah julat harganya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV pertama Type 132 dijangka muncul pada musim bunga tahun ini, diikuti dengan model coupe empat pintu (Type 133) dan crossover kecil (Type 134) pada tahun berikutnya.

EV yang bakal muncul pada tahun 2026 bakal mengambil bentuk sebuah kereta sports dengan kod nama Type 135.

Tidak seperti tiga model terawal yang akan dibina di Wuhan, China, kereta sports Type 135 ini akan dipasang di kilang Hethel dan reka bentuk kasar model ini turut dipamerkan menerusi gambar teaser tunggal yang dibekalkan oleh Lotus.
 

Lotus


Lakaran kasar (gambar utama) itu menampakkan bentuk hadapan yang agak tajam (elemen Esprit) sementara bahagian belakang pula dilihat seakan model Europa.

Ia dibangunkan menggunakan platform E-Sports, dan dijangka penawarannya dalam versi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang, atau motor berkembar dengan pacuan semua roda, serta output kuasa diantara julat 469-872 hp.

Pek bateri pula dikatakan diposisikan di belakang tempat duduk bagi memberikan pengalaman pemanduan seperti kereta berenjin tengah (mid-engine), dengan kapasiti 66.4 kWh-99.6 kWh dan jarak pemanduan sejauh 483 km sehingga 724 km untuk sekali cas.

Kereta sports yang tidak bernama ini bakal menjadi pengganti spiritual kepada model Elise yang telah dihentikan produksinya pada bulan lalu setelah 25 tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…