Lotus dedah platform kereta sports berkuasa elektrik, kuasa sehingga 872 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model hypercar Evija, Lotus turut merancang untuk menawarkan beberapa buah model berkuasa elektrik selepas pelancaran model enjin pembakaran dalaman terakhir mereka, Emira tempoh hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan laporan terdahulu, tidak kurang dari tiga buah platform yang khusus untuk EV akan dihasilkan untuk merangkumi beberapa jenis model seperti SUV (Type 132) yang bakal hadir pada tahun 2023, diikuti coupe empat pintu (Type 134) tahun 2025, serta kereta sports (Type 135) pada tahun 2026.

Perincian berkenaan platform kereta sports baharu itu kini didedahkan dengan lebih terperinci baru-baru ini.
 

Lotus


Pelantar E-Sports yang dibangunkan bersama Alpine itu direka untuk model kereta sports dua tempat duduk, dengan jarak antara roda sepanjang 2,470 mm, pek bateri berkapasiti 66.4 kWh dan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 470 hp.

Platform ini juga boleh digunakan untuk kereta berdimensi yang lebih besar (lihat gambar utama), dan jarak antara roda melebihi 2,650 mm untuk memuatkan pek bateri yang lebih besar kapasitinya (99.6 kWh), serta motor elektrik berkembar dengan kuasa sehingga 872 hp.
 

Lotus


Selain daripada dua model yang disebutkan tadi, platform ini boleh digunakan untuk kereta sports elektrik dengan jarak antara roda yang panjang, namun dengan pek bateri yang lebih kecil, serta tetapan motor elektrik tunggal (470 hp) atau motor elektrik berkembar (872 hp).

Menurut Lotus, struktur sub-rangka belakang dikatakan 37 peratus lebih ringan jika dibandingkan dengan struktur Emira.

Malah, platform ini juga dibangunkan dengan rekaan yang boleh memuatkan bateri secara menegak di dalam susunan 'chest' di belakang tempat duduk, atau diintegrasikan secara melintang di dalam konfigurasi 'slab' di bawah kabin.
 

Lotus


Tambah Lotus lagi, platform kereta sports elektrik ini bukan sahaja boleh digunakan oleh Lotus dan Alpine, malah ia juga terbuka kepada pihak ketiga yang mahu mendapatkan khidmat daripada Lotus Engineering.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…