Lotus dan Alpine Renault kaji penghasilan kereta sport elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Lotus dan Alpine, anak syarikat Kumpulan Renault telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mengkaji kerjasama antara kedua syarikat automotif tersebut.
Modenas

Antara yang dicadangkan ialah pembinaan sebuah kereta sport elektrik (EV) dan bagaimana bahagian kejuruteraan, rekabentuk dan pembangunan EV boleh digabungkan agar perkongsian ilmu, komponen, kepakaran dan fasiliti boleh digunakan bersama.

Alpine adalah anak syarikat Renault yang turut terbabit dalam perlumbaan Formula 1, Formula E dan perlumbaan Endurance. Alpine juga ada menghasilkan kereta sport Alpine A110 yang dilancarkan dalam tahun 2017.

Alpine juga dikatakan mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah hatchback sporty dan SUV elektrik. 

Nampaknya Lotus memilih Alpine dan bukannya Volvo untuk menghasilkan produk EV mereka. Lotus dan Volvo kedua-duanya dimiliki oleh Geely.

Mungkin Lotus mahukan sebuah syarikat yang memahami pembinaan kereta sport dan dengan sejarah penghasilan kenderaan berprestasi tinggi, seperti Alpine. 

 


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan terkini daripada Autocar mendedahkan beberapa perincian menarik berkenaan SUV yang digelar…
Berita Global
Sebagai makluman, Lotus Engineering telah pun wujud semenjak 40 tahun yang lalu dan telah pun…
Berita Global
SUV pertama Lotus ini digelar sebagai Lambda, menjadikan model pertama Lotus yang tidak dimulakan…