Lotus Carlton - sedan empat pintu yang mampu capai 305 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Sebut pasal Lotus, pasti kita akan teringat akan resipi yang kerap dicanangkan oleh Colin Chapman - kereta coupe dua pintu yang ringan, pengendalian yang mantap - dan ia boleh dilihat menerusi barisan model Lotus pada masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun ketika awal tahun 1990-an, Lotus sebenarnya pernah menghasilkan sebuah sedan empat pintu yang cukup pantas, dikenali sebagai Lotus Carlton - diasaskan daripada Vauxhall Carlton/Opel Omega.

Dibikin antara tahun 1990 sehingga 1992, Lotus Carlton (kod dalaman Lotus Type 104) didatangkan dengan enjin yang dinaiktaraf kapasitinya daripada enjin asal enam silinder sebaris 3.0 liter kepada 3.6 liter (3,615cc).

 


Lotus turut menambah dua unit turbo Garret T25 yang mampu memberikan boost 0.7 bar, selain penggunaan crankshaft forged kustom, slipper piston, rod penyambung dan intercooler yang lebih besar.

Hasilnya? Kuasa yang memacu roda belakang itu mampu mencapai 377 kuasa kuda (@ 5,200 rpm) dan daya kilas 568 Nm yang masuk pada putaran enjin 4,500 rpm menggunakan transmisi ZF manual enam nisbah kelajuan (dari Corvette ZR1) dan LSD dari Holden Commodore V8.

Pecutan 0-97 km/j mampu dicapai dalam masa 5.2 saat, dan kelajuan tertinggi 'dihadkan' kepada 285 km/j, satu angka yang cukup pantas untuk sebuah sedan sports yang dihasilkan era 1990-an.

 


Namun, menurut reviu dari The SupercarDriver, terdapat satu rahsia yang disembunyikan oleh Lotus, di mana kelajuan tertinggi tersebut sebenarnya boleh dipintas.

Apa rahsianya? Ketika gear berada di dalam posisi kelima, anda perlu menekan pendikit minyak sehingga ke paras 'redline', dan kemudian masuk gear keenam, ciri pengehad kelajuan tersebut akan dinyakaktif, membolehkan Lotus Cartlon mencapai 305 km/j!

Untuk rekod, ia menyamai kelajuan tertinggi yang dicatatkan pada kereta-kereta moden seperti Audi RS7 Performance, Bentley Flying Spur V8 S, Bentley Mulsanne, serta Porsche Panamera!

Malah, disebabkan penggunaan nisbah gear yang panjang membolehkan Lotus Carlton dipecut sehingga kelajuan 89 km/j dalam gear pertama!

 


Sebagai makluman, Lotus Carlton merupakan salah satu kereta yang amat ditakuti oleh pasukan polis pada ketika itu.

Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada tahun 1996 di mana Lotus Carlton dengan nombor pendaftaran 40RA telah  digunakan oleh sekumpulan geng perompak di West Midlands dan menyebabkan kerugian mencecah 20,000 GBP (RM109 ribu) akibat kecurian barangan seperti rokok dan arak.

Pihak polis tempatan  mendakwa, kereta peronda yang digunakan pada ketika itu hanya mampu mencecah 90 mph (145 km/j) dan didapati tidak mampu untuk mengejar Lotus Carlton yang ternyata lebih pantas prestasinya. 

Walaupun ia turut mendapat perhatian pihak kerajaan UK untuk mengharamkan penggunaan Lotus Carlton, namun kempen tersebut nampaknya tidak berjaya direalisasikan.

 


Sepanjang dua tahun pengeluaran, Lotus 'hanya' melakukan beberapa perubahan minima, seperti kit badan sedikit lebar, spoiler but belakang serta warna unik Imperial Green, rim 17 inci, dan sistem brek AP.

Paling penting, ciri 'Lotus Handling' yang kini menjadi satu ciri yang didambakan pada kereta-kereta Proton masa kini, menjadikan ia sebuah sedan sports empat pintu yang cukup menarik pakejnya dari Lotus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang…