Lotus buka pusat pameran berwajah baharu di Bahrain

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di pusat membeli belah Moda Mall di Manama, ibu kota negara Bahrain, Lotus baru-baru ini secara rasmi membuka pusat pameran dengan wajah dan identiti serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Identiti korporat yang dibawakan oleh Lotus ini adalah berdasarkan bahasa rekaan dan falsafah Lotus serba baharu yang membawakan hubungan secara terus kepada kehebatan kejuruteraan dan reka bentuk Lotus itu sendiri.

 

Lotus Bahrain


Ia juga secara tidak langsung mengubah hala tuju syarikat UK yang terkenal dengan talaan Ride & Handling itu kepada sebuah entiti yang sebaris dengan jenama-jenama prestasi ternama di peringkat global.

Lotus Bahrain dikendalikan oleh syarikat Adamas Bahrain Motors Company WLL, salah sebuah syarikat yang berpengalaman menjual kenderaan mewah, premium serta kereta berprestasi tinggi di Timur Tengah dan juga Asia.
 

Lotus Bahrain


Modal Mall merupakan salah satu destinasi membeli belah paling premium di Bahrain, terletak di dalam Bahrain World Trade Centrer yang merupakan bangunan ikonik di bandar Manama.

Lokasi pusat pameran Lotus berdekatan dengan pintu masuk utama, serta hampir dengan parkir valet dan outlet jenama premium yang lain menjadi satu kelebihan kepada Lotus yang kini kembali beroperasi di Timur Tengah setelah sekian lama.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…