Lotus buka kilang baharu di Norwich, wujud 125 peluang pekerjaan

oleh Mohamad Hanif|
Lotus diberitakan akan membuka sebuah fasiliti pembuatan serba baharu yang terletak di Norwich, dan mampu membuka sehingga 125 peluang pekerjaan di kawasan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Fasiliti yang memiliki keluasan 12,300 meter persegi Hurricane Way itu akan menggabungkan jabatan pembuatan keluli dan struktur ringan Lotus di bawah satu bumbung, dan akan menghasilkan struktur casis aluminium untuk model-model Elise, Evora dan Exige.

Malah, menurut Lotus lagi, kilang tersebut juga akan menghasilkan komponen aluminium untuk syarikat kenderaan global seperti Volvo, LEVC dan Lynk & Co yang dimiliki oleh Geely.

Selain daripada itu, bangunan baharu itu juga bakal menempatkan kilang kimpalan dan pembuatan stuktur keluli, termasuklah subrangka dan juga komponen suspensi.

Bangunan asal di Worcester akan diubahsuai oleh pemegang bebas setelah Lotus mengosongkan premis itu pada Mei 2021, dan kesemua pekerja Lotus akan diberikan peluang untuk pindah ke tempat baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…