Lotus Advanced Performance, divisyen khas untuk kereta 'custom' Lotus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lotus Advanced Performance
Lotus Advanced Performance
Kereta mahal dan eksklusif yang dilihat di jalan raya atau garis masa media sosial benar-benar mewah apabila pemiliknya memilih khidmat penyesuaian (customization) yang ditawarkan pengeluar.

Ini menjadikan unit kereta tersebut lebih eksklusif atau satu-satunya di dunia dan sudah tentu pada harga yang tinggi.

Khidmat sebegini adalah perkara biasa untuk jenama mewah atau berprestasi dan terbaru Lotus menubuhkan divisyen perniagaan baharu Lotus Advanced Performance.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Lotus Advanced Performance

Ianya bukan setakat menawarkan khidmat penyesuaian tetapi juga pelbagai aspek yang melibatkan dunia permotoran.

Ini adalah sebahagian daripada program transformasi Lotus kepada sebuah syarikat perniagan kereta berprestasi dan jenama global.

Portfolio Lotus Advanced Performance adalah seperti berikut:

Projek Halo 

Melibatkan projek ultra eksklusif dan unik dan mengembangkan portfolio produk Lotus ke arah baharu dan menyeronokkan.

 

Lotus Evija

 

Edisi terhad

Versi model Lotus dengan spesifikasi tinggi dan membolehkan pelanggan memiliki unit yang berbeza daripada lain.

Bespoke 

Penyesuaian model Lotus dengan warna, kemasan dan bahan eksklusif.

Pengalaman

Program pengalaman yang sukar diperolehi seperti lawatan ke kilang pemasangan kereta sport dan hiper Lotus.

Turut merangkumi pelbagai aktiviti bernilai tinggi di serata dunia yang membolehkan pelanggan, peminat dan rakan untuk merasai jenama Lotus.

 

Lotus Evija

 

Akademi Pemanduan Lotus

Program latihan pemanduan Lotus di serata dunia termasuk di litar Hethel di Norfolk.

Permotoran

Bermula dengan kereta lumba Emira GT4, Lotus Advanced Performance akan memberi khidmat sokongan dan menyediakan kereta lumba kepada pelanggan di serata dunia.

Aksesori

Pelbagai produk dan barangan For The Drivers’ dari Lotus Advanced Performance.

 

Lotus Emira GT4

 

Simon Lane, dari Q by Aston Martin

Portfolio ini bukan baharu dan ada yang sudah ditawarkan oleh Lotus dan kini disatukan di bawah satu divisyen.

Di lantik sebagai Pengarah Lotus Advanced Performance adalah Simon Lane. Beliau sebelum ini berkhidmat bersama Q by Aston Martin.

 

Simon Lane

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…