Lorong tambah nilai TnG tidak akan dibuka semula - PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Plus Malaysia Bhd bertegas tidak akan membuka semula laluan tambah nilai Touch 'n Go seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Ketua Korporat, Komuniti dan Pembabitan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata, pihak PLUS tetap menyediakan lebih daripada 11,000 lokasi tambah nilai di seluruh negara bagi memudahkan pengguna menambah dan menyemak baki kad TnG.

Kesemua fasiliti tersebut terdapat di stesen minyak, kedai serbaneka, ATM, kiosk layan diri di pusat membeli belah, 65 laluan masuk lebuhraya, 68 kiosk layan diri di R&R PLUS, 27 pusat khidmat pelanggan serta di 34 stesen minyak di lebuhraya PLUS. 

"Kesemua fasiliti ini menawarkan tambah nilai bermula dari RM10 dan ke atas, tanpa sebarang surcaj dikenakan," tambah beliau.

Menurut Syed Mohammed Idid lagi, semenjak penutupan laluan tambah nilai dijalankan di kawasan sentral (1 Ogos), serta kawasan utara dan selatan (5 November), bilangan pengguna yang menghadapi baki tidak mencukupi semakin menurun.

"Di kawasan tengah, angka tersebut turun 1.3 peratus, diikuti kawasan utara (lima peratus kepada 3.2 peratus) dan kawasan selatan (4 peratus kepada 3.8 peratus).

Para pengguna juga turut diingatkan menerusi papan tanda elektronik dan media sosial supaya sentiasa menyemak baki dan menambah nilai kad TnG sebelum memulakan perjalanan.
 


"Sekiranya baki kad tidak mencukupi, pemandu perlu kekal di dalam kenderaan, menggunakan interkom dan menunggu pegawai khidmat pelanggan untuk membantu mereka.

Selain daripada itu, PLUS juga bakal memperkenalkan sistem pembayaran nirtunai menerusi pelaksanaan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

"Sistem RFID akan terdapat di kesemua lebuhraya PLUS bermula April tahun hadapan, manakala laluan SmartTag dan TnGo akan terus dikekalkan untuk kemudahan pengguna sebelum beralih sepenuhnya kepada sistem RFID kelak.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Informasi
  "PLUS menasihatkan supaya pelanggan lebuh raya merancang perjalanan mereka terlebih dahulu…
Informasi
  Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada…
Informasi
  PLUS, dalam kenyataan hari ini, berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan…