Lorong NKVE berlubang akibat hujan, PLUS mohon maaf

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad melahirkan rasa kesal dan memohon maaf atas kejadian yang menimpa beberapa buah kenderaan selepas melalui lorong yang terkesan akibat hujan lebat di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di KM15.8 Arah Selatan.

Dalam kejadian yang berlaku, sepasukan PLUSRonda telah segera ke lokasi untuk memberikan bantuan kepada pelanggan yang terkandas.

Hasil siasatan awal mendapat insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna jalan raya.

Difahamkan, pasukan penyelenggaraan lebuh raya telah mengesan keadaan jalan yang tidak rata dan telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera.

PLUS juga turut menyatakan kesediaan bagi membantu pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan, di mana mereka boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau melayari laman web www.plus.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PLUS, peningkatan trafik dijangka berlaku bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026 di seluruh…
Informasi
Di Lebuhraya SPRINT, jalan susur ke Jalan Kayu Ara (arah Damansara), bertentangan Petronas NGV akan…
Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…