Lorong motosikal Kesas arah KL ditutup sementara Sabtu dan Ahad ini

oleh Penyumbang Rencana|
Lorong motosikal arah timur, menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan ditutup sementara kepada orang ramai pada Sabtu dan Ahad ini untuk kerja-kerja penambahbaikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jabatan Perhubungan Awam Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu.

 

“Lorong dari kilometer (KM) 44.50 hingga KM45.00 di Persimpangan Bertingkat Kinrara ditutup pada Sabtu ini manakala dari KM24.30 hingga KM24.90 di Persimpangan Bertingkat Kebun ditutup pada  Ahad.

 

“Pengguna Kesas dinasihatkan supaya berhati-hati dan patuhi papan tanda yang disediakan di kawasan berkenaan, dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian kecemasan KESAS di 03-56337188 atau layari www.kesas.com.my atau media sosial rasmi di Facebook dan Twitter,” katanya.

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…
Berita Domestik
Begitupun di Malaysia, hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam…
Berita Domestik
Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana…