Lorong motosikal ditutup sementara secara berperingkat di LSA

oleh Penyumbang Rencana|
sumber: Awani
Lorong motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan ditutup secara berperingkat, bermula Isnin, 16 Januari hingga 30 Januari 2023.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara lorong motosikal secara berperingkat, akan dilakukan di beberapa lokasi di LSA bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, bagi kerja pembaikan turapan jalan di lebuh raya tersebut.

“Ini bertujuan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di lorong motosikal, bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu,” katanya.
 

keasaa


Penutupan lorong tersebut melibatkan kawasan dari persimpangan bertingkat Bukit Rimau sehingga ke persimpangan bertingkat Kebun (16-18 Jan);  dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (19 Januari 2023).

Kemudian penutupan lorong akan dilakukan dari persimpangan bertingkat Pandamaran sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (26 Januari 2023); dari persimpangan bertingkat Bandar Puteri sehingga persimpangan bertingkat Kebun (27 Januari 2023); dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan Bukit Rimau (28 Jan) dan dari persimpangan Hicom sehingga persimpangan bertingkat Seafield (30 Januari 2023).

Pengguna motosikal dinasihatkan menunggang dengan berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.

LSA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…
Berita Domestik
Begitupun di Malaysia, hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam…
Berita Domestik
Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana…