LORONG KECEMASAN, KIRI LEBUHRAYA PLUS DARI BIDOR KE TAPAH DITUTUP LIMA HARI

oleh Penyumbang Rencana 2|
LORONG kecemasan dan lorong kiri di antara Bidor dan Tapah di KM330.05 hingga KM328.95 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan mulai 18 hingga 22 Januari..

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya memaklumkan, lorong kanan di laluan terbabit bagaimanapun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Menurut PLUS, penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, PLUS menasihatkan pelanggan yang menghala ke utara supaya merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar