“Penutupan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perkara yang tidak dapat dijangka ketika proses penyelenggaraan jalan tersebut antaranya membabitkan kemalangan serta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” kata kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan terlebih dahulu dengan menggunakan Aplikasi PLUS melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dsediakan bagi tujuan mendapatkan maklumat trafik semasa bagi laluan tersebut.
Kata kenyataan itui, pengguna juga boleh meminta bantuan PLUSronda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui di kawasan itu.