Lorong kanan Lebuhraya ELITE (KMP2.2 hingga KMP2.0) arah utara ditutup selama 21 hari

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan lorong kanan di antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE di KMP2.2 hingga KMP2.0 (arah utara) di Lingkaran Putrajaya akan ditutup selama 21 hari kepada semua kenderaan.


Penutupan ini akan bermula dari 29 Mac 2021 (Isnin) jam 10:00 malam, sehingga 19 April 2021 (Isnin) jam 5:00 pagi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimanapun, lorong kiri dan kecemasan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

 


Justeru, pelanggan yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. 

 

Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

 

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihati para pengguna lebuh raya supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

 


PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…