Lorong di Lebuhraya Persekutuan ditutup berperingkat bagi kerja pembinaan LRT3

oleh Penyumbang Rencana|
Penutupan lorong dan lencongan trafik akan dilakukan di Lebuhraya Persekutuan, bertentangan stesen minyak Petronas dan Shell (arah Kuala Lumpur dan Klang) bagi kerja pembinaan berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), dari 5 hingga 20 Julai ini.

Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), memaklumkan penutupan lorong dan lencongan trafik itu akan dilakukan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi, membabitkan tiga peringkat.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Syarikat itu berkata, bagi peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.

tutup

Dalam tempoh penutupan itu, satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang.

"Bagi peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.

"Semasa penutupan, dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.

tutup 2

"Bagi peringkat tiga, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 hingga 20 Julai, dan satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

SULRT3 berkata, lencongan itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

tutup 3

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada orang ramai," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan umum, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 di 1 800 18 2585 dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, tidak termasuk cuti umum.

Projek LRT3 yang membabitkan kos RM4.7 bilion, dibina bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor, bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.20 pagi apabila kereta berkenaan dipercayai…
Berita Domestik
Siasatan mendapati terdapat kemalangan membabitkan dua motosikal di laluan motosikal yang…
Berita Domestik
Siasatan mendapati kemalangan itu yang membabitkan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada jam 4.55…