Lori treler terbalik gara-gara Myvi tukar lorong tiba-tiba di KESAS

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kecuaian seorang pemandu wanita menukar lorong secara tiba-tiba mengundang padah apabila dirempuh sebuah treler di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), siang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada jam 8.15 pagi membabitkan sebulan buah kenderaan termasuk dua buah Nissan Almera, satu Honda CRV, satu Proton x70, satu Mitsubishi Lancer, satu lori Hino dan satu treler. 

Kemalangan tersebut mengakibatkan kesesakan sehingga jam 10.50 pagi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu tiba-tiba mengubah laluan daripada lorong kanan terus ke lorong kiri untuk ke susur Persiaran Kewajipan. 

 


Sebuah treler tidak sempat untuk brek lalu merempuh Perodua Myvi itu sebelum terbalik, sementara Perodua Myvi itu pula kemudian melanggar beberapa kereta lain yang sedang beratur di susur Persiaran Kewajipan. 

Katanya lagi, pemandu kereta Perodua Myvi yang mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain dilapor tidak cedera.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat. 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laluan sepanjang 24.4 km itu bakal melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE yang bermula dari Sri…
Berita Domestik
Pelaksanaan lencongan ini adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk…
Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS),…