Lori treler muatan balak terbalik di Gua Musang

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah treler membawa muatan kayu balak terbalik dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 65, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang tadi.

Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala laluan di dua-dua arah mengalami kesesakan sehingga lima kilometer (km) disebabkan kayu balak yang jatuh menghalang laluan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah treler dan empat kereta.

"Siasatan lanjut mendapati ia berpunca daripada sebuah kereta Proton Wira dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang terbabas ke kanan lalu melanggar treler muatan kayu balak.
"Pada masa sama, dua kereta Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang bergolek di jalan.

"Susulan kejadian itu, berlaku kesesakan teruk di kedua-dua arah sehingga lima km berikutan kayu balak yang menghalang laluan," katanya dalam kenyataan media di sini, malam ini.

Choon Foo berkata, empat pemandu kereta tidak cedera.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…
Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari…
Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…