Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.36 petang.
"Kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar sebuah motosikal dan merempuh gerai penjaja serta pagar masjid.
"Lelaki tempatan berusia 30 tahun tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad, mengesahkan kejadian ini selepas satu laporan polis dibuat dan kenyataan akan dibuat dalam masa terdekat selepas siasatan di tempat kejadian selesai dijalankan.