Lori tangki rempuh beberapa kenderaan kerana masalah brek di MRR2

oleh SALINA JALIL|
Beberapa kenderaan rosak akibat dirempuh sebuah lori tangki yang terbabas dipercayai mengalami kegagalan brek dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Taman Melati ke Batu Caves, tengah hari semalam.


Dalam kejadian jam 1.31 tengah hari itu, lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 67 tahun itu merempuh tiga buah kereta, Honda Civic dan dua lagi kenderaan sebelum lori tangki tersebut terbabas di pembahagi jalan di tengah laluan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian itu turut membabitkan beberapa lagi kenderaan lain yang kini sedang dikenal pasti.

 

"Lori tangki berkenaan dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan yang berada di laluan berkenaan.

 

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Suhaimi bin Tukiman di talian 013-7557556 atau 03 61262222 bagi membantu siasatan

 

 

Video pelanggaran tersebut di sini:

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori tangki menghala ke arah…
Berita Domestik
  "Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP…
Berita Global
  Menurut bomba Phoenix, enam daripada sembilan yang cedera itu dibawa ke hospital dalam keadaan…