Lori tangki minyak meletup, 7 maut dan hampir 50 orang cedera

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurang tujuh maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila muatan dibawa sebuah lori tangki yang terbalik, meletup di utara Colombia, kata polis, semalam.


Menurut polis, berpuluh-puluh orang mengerumuni lori tangki itu selepas ia terbalik dan sedang cuba menyedut muatan minyak dibawanya ketika api tercetus sehingga menyebabkan kebakaran dahsyat berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kami percaya sekurang-kurang tujuh orang mati terbakar dan hampir 50 orang cedera dalam insiden tragik ini," kata Datuk Bandar Pueblo Viejo, Fabian Ospino, dalam satu rakaman video yang disiarkan melalui media sosial.

 

Polis kemudian mengesahkan letupan itu telah meragut tujuh nyawa dan mencederakan 49 mangsa lain. Angka kematian dijangka akan bertambah kerana kecederaan yang serius.

 

Kemalangan itu berlaku di jalan raya antara bandar Barranquilla dengan Santa Marta di pantai Caribbean.

 

"Ada mangsa melecur lebih 90 peratus daripada badan mereka," kata Gabenor Jabatan Magdalena, Carlos Caicedo.

 

Pegawai tempatan mengatakan bahawa beberapa orang mengabaikan amaran polis mengenai perbuatan merbahaya mereka yang cuba menyedut muatan tersebut.

 

Caicedo berkata, pihaknya bekerjasama dengan pasukan tentera udara bagi membantu menerbangkan mangsa ke bandar lain yang memiliki wad rawatan untuk mangsa kebakaran berikutan Magdalena tiada kemudahan berkenaan.

 

 

 

APNews

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…