Lori-lori bakal mogok jika saman remeh diteruskan

oleh HEZERI SAMSURI|
Penasihat Gabungan Persatuan Pemandu Pengangkutan Darat Malaysia (GPPPDM), Hairi Md Ali atau Along berkata pihak gabungan persatuan itu tidak teragak-agak untuk melakukan mogok jika operasi-operasi trafik dilakukan dengan niat untuk menyusahkan perjalanan mereka.

Menurut Hairi, pihak persatuan sudahpun mengadu dahulu bahawa saman-saman atas kesalahan yang remeh temeh telah dikenakan kepada ahli-ahlinya dan antaranya ialah penggunaan lampu limpah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Lampu limpah memang kami perlukan bila berjalan malam. Kami cuma hidupkan bila perlu dan tidak ada kenderaan di hadapan," ujarnya.

Hairi juga berkata pemandu-pemandu trak di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun turut aktif dalam menghias trak mereka (gambar bawah, trak Jepun dengan gaya lampu-lampu yang sebenarnya tidak dibenarkan untuk dinyalakan ketika bergerak di jalanraya).

"Apa negara-negara itu kurang maju berbanding dengan Malaysia?" soalnya.

 

 

Hairi berharap pihak penguatkuasa akan terus menggunakan budi bicara kepada pemandu-pemandu lori kerana ekonomi negara sangat bergantung kepada sektor lojistik.

"Tekanan dari segi kawalan ini menambahkan beban kami yang sudah terlalu tinggi kerana operasi semasa Covid-19 dengan SOP yang ketat menambahkan kerja-kerja kami," tambah Hairi lagi.

Beliau berkata ahli-ahli gabungan persatuan memang akan melakukan mogok jika operasi-operasi berterusan untuk mencari kesalahan-kesalahan kecil.

"Kami boleh parkir lori-lori kami dan tidak bergerak ke mana-mana langsung," tegasnya.

 

 

Menurut sumber Careta pula, kebanyakan desas desus berkaitan saman-saman kesalahan trafik remeh itu tidak begitu benar.

"Sekarang memang ada banyak operasi ekzos bising kerana pihak polis dan JPJ menerima banyak laporan dan aduan berkaitan ekzos bising motosikal dan kenderaan yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan kediaman," ujar sumber Careta.

Seorang penggiat motosikal kustom pula berpendapat ekzos yang kuat itu menyelamatkan nyawa dan mereka yang tidak tahan dengan bunyi kuat itu tidak perlu terlalu sensitif.

Apa pula pendapat anda? 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Antaranya ialah pemandu lori disaman kerana pemasangan lampu kabus (fog light) dan lampu limpah (…
Berita Domestik
Menurut wakil dari Gabungan Persatuan Pemandu Pengangkutan Darat Malaysia atau United Malaysian…
Hezeri Samsuri
Penambahan keperluan, peningkatan beban kargo dan jumlah trafik, perkembangan teknologi kenderaan…