Lori kebal - 22 lagi penguatkuasa JPJ ditahan SPRM

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu telah menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai turut terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.

Kesemua lelaki tersebut berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang Sabtu.

Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.

Jelas sumber, tangkapan ini merupakan siasatan peringkat kedua dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Pada 17 April lalu, seramai 30 individu termasuk 24 anggota penguat kuasa JPJ telah direman bagi membantu siasatan  berhubung kes rasuah.

Antaranya bertujuan melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang - ASTRO AWANI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kiriman TikTok yang viral oleh @kaksuemeow, Nur Aliah berkata dia membuat keretanya bersinar…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…