Lori Hyundai XCIENT masuk Jerman, guna hidrogen dan bukan diesel!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai XCIENT Fuel Cell
Hyundai XCIENT Fuel Cell
Industri automotif sedang hebat dengan penawaran kenderaan elektrikikasi dan bahangnya dapat dirasai di negara kita.

Teknologi elektrifikasi mempunyai beberapa cabang dan ada pengeluar yang membangunkan dan menawarkan kereta janaan sel bahan bakar (fuel cell) hidrogen seperti Toyota Mirai, Honda Clarity dan Hyundai Nexo.

Hyundai Motor pula melancarkan XCIENT Fuel Cell, lori tugas berat massa pertama di dunia dengan teknologi elektrik hidrogen pada 2020.

Sekarang ini terdapat 47 buah lori XCIENT di Switzerland dan telah dipandu lebih empat juta kilometer setakat Julai 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Terbaru Hyundai mengumumkan 27 buah lori XCIENT Fuel Cell dieksport ke Jerman yang merupakan pasaran kenderaan komersial terbesar di Eropah.

Lori itu akan digunakan oleh tujuh syarikat Jerman dalam bidang logistik, pengilangan dan peruncitan dan menariknya menggunakan dana kenderaan mesra alam dari Kementerian Digital dan Pengangkutan Persekutuan Jerman (BMDV).

Dana BMDV 1.6 bilion euro!

Untuk menghidupkan industri kenderaan elektrifikasi, sesebuah negara memerlukan insentif bagi menarik minat pengguna dan ini yang dinikmati oleh pembeli kenderaan elektrik di negara kita.

Pada Ogos 2021, BMDV memperkenalkan panduan kenderaan perdagangan dengan sistem pacuan alternatif selepas kelulusan oleh Suruhanjaya Eropah.

 

Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Dana tersebut ditawarkan untuk kenderaan dengan teknologi bateri, sel bahan bakar dan hibrid elektrik jenis talian atas (overhead line).

BMDV mempunyai peruntukan sebanyak 1.6 bilion euro (RM7.25 bilion) sehingga 2024 bagi membeli kenderaan komersial mesra alam. 

Ketujuh-tujuh syarikat Jerman itu telah memohon dana dan berjaya mendapat kelulusan.

Hyundai Hydrogen Mobility

 

Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Satu aspek kritikal untuk kenderaan sebegini ialah infrastruktur. Sebagai contoh apabila anda membeli kereta elektrik di mana hendak cas jika pandu ke Terengganu?

Hyundai Hydrogen Mobility adalah satu usahasama di antara Hyundai Motor Company dan H2 Energy dari Sweden dan telah menubuhkan Hyundai Hydrogen Mobility Germany GmbH (HHMG).

Fungsi syarikat adalah untuk mengembangkan lagi kemasukannya di dalam pasaran kenderaan komersial janaan hidrogen di Jerman.

Bagi mewujudkan ekosistem hidrogen di Jerman, HHMG akan mengendalikan jualan, khidmat pelanggan dan pengurusan pengubahsuaian.

Spesifikasi Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Lori yang dieksort ke Jerman dilengkapi sistem bahan bakar hidrogen 180 kW dengan dua susunan (stack) sel bahan bakar 90 kW.

Motor elektrik 350 kW yang digunakan mempunyai daya kilas maksimum 2,237 Nm.

Secara ringkas, hidrogen dalam tangki disalurkan kepada sel bahan bakar untuk diproses dan mencetuskan elemen lain bagi menjana tenaga kepada motor.

Selain hidrogen, proses ini juga memerlukan oksigen dan menariknya mengeluarkan air dari ekzos.

 

Hyundai XCIENT Fuel Cell

 

Terdapat tujuh tangki besar hidrogen dengan kapasiti simpanan 31 kilogram bahan bakar dan set tiga bateri 72 kWj menyediakan sumber kuasa tambahan.

Tempoh mengisi tangki hidrogen pula mengambil masa di antara 8 hingga 20 minit bergantung kepada suhu ambien atau persekitaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Disifatkan sebagai trak pikap sel bahan api produksi massa pertama di dunia, pengenalan trak Xcient…