Lori dipandu lawan arus, pemandu salahkan GPS

oleh Penyumbang Rencana|
Hanya ikut GPS. Itu alasan diberikan pemandu lori yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2.

Dia juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat, iaitu sistem pandu arah satelit.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai jam 11.39 pagi Jumaat sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam Jumaat, memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus.

"Usaha mengesan suspek dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, membawa kepada penahanan lelaki berumur 54 tahun, iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek yang pada masa itu membuat penghantaran barang di kawasan Seremban mendakwa tidak menyedari laluan tidak boleh dilalui.

"Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Sarjan Mohamad Azmi di talian 013-4288599 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Justeru katanya, polis tidak dapat merekodkan keterangan mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut…
Berita Domestik
"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya. "Kejadian ini jelas merupakan satu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu video…